Latihan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pupusan hidupan liar dan langkah-langkah mengawal kcpupusannya Panjang rumusan iaklah tidak meiebihi 120 patah perkataan.
•
Hidupan liar pada amnya didefinisikan sebagai merangkumi kesemua haiwan liar daripada pulan mamalia, reptilia, amfibia, burung, ikan, invertebrata termasukjuga tumbuh-tumbuhan Serangga pula merupakan komuniti haiwan yang terbesar malah sesetengah kumpulan igandungi lebih daripada 100 spesis. Bagaimanapun dianggarkan sebanyak 42 spesis lalia, 34 spesis burung 14 spesis reptilia dan ikan diancam kerakusan manusia. Manusia aggunakan setiap anggota hidupan liar untuk pelbagai tujuan sama ada untuk dimakan, likan ubat, hiasan malah pakaian. Kerakusan manusia dikaitkan dengan wang. Bayangkan organ harimau boleh mencecah sehingga RM 30 ribu.
Kepercayaan turun temurun manusia menyebabkan nasib haiwan liar menerima padahnya. ran liar dipercayai mampu memulihkan tenaga batin, merawat penyakit kronik, awet i dan sebagai lambang status. Keistimewaan tersebut menyebabkan haiwan liar mendapat itaan tinggi daripada banyak pihak. Permintaan dan tawaran lumayan berjaya mengelabui ramai pemburu sehingga mereka sanggup menggadai nyawa dan masa depan sendiri. bidang perubatan tradisional, kebanyakan anggota badan haiwan liar ini dikeringkan dijual dengan harga yang tinggi. Bahan-bahan seumpama itu menjadi pelaris utama di li-kedai ubat, farmasi atau singse. Restoran-restoran pula menjadi lokasi popular untuk lat bagaimana haiwan liar menjadi rebutan manusia yang sanggup membelanjakan yang yak wang untuknya. Pelanggan juga menganggapnya sebagai menu eksklusif.
Kepesatan pembangunan turut memainkan peranan dalam kepupusan hidupan liar. ;satan pembangunan ini memusnahkan habitat semula jadi haiwan-haiwan ini. Kawasan yang selama ini menjadi menjadi tempat tinggal mereka terus diterokai oleh manusia dijadikan kawasan industri dan pertanian. Lantaran itu, hidupan liar yang menjadi penghuni tetap sesebuah hutan itu terancam kehidupannya. Selain itu, pencemaran yang rmakin berleluasa berlaku di negara ini turut mengancam kehidupan liar di negara ini.:,
Pencemaran udara dan air misalnya pernah mencapai indeks pencemaran bahaya yang bukan sahaja boleh mengancam kesihatan manusia malah haiwan juga. Haiwan liar mudah mendapat penyakit kerana pencemaran. Malangnya tiada rawatan yang diberikan sehingga menyebabkan haiwan liar semakin pupus.
Sikap masyarakat yang memandang remeh dan mengamalkan sikap 'tidak apa' terhadap ancaman yang berlaku kepada haiwan liar memberi signiflkan yang buruk daripada.
Generasi muda tidak lagi mengenali haiwan liar malah tidak berpeluang melihat sendiri haiwan tersebut sebagai satu pembelajaran. Penyelidikan tentang haiwan tersebut juga tidak dapat dijalankan malah lebih memburukkan siruasi apabila ekosistem alam turut terancam. Ekosistem alan yang terganggu turut memberi impak negatif yang besar dalam kehidupan manusia.
Konklusinya, pandangan dan sikap masyarakat Malaysia harus diubah. Hidupan liar sebenarnya merupakan amanah dan khazanah alam yang perlu dipelihara oleh setiap individu Hidupan liar bukan sahaja mewarnai kehidupan manusia malah turut berperanan dalam menentukan putaran alam kehidupan sejagat. Sehubungan dengan itu, wajarlah semua pihak memberi kerjasama dalam membendung kepupusan haiwan liar yang semakin genting.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana 'Hidupan Liar - Dunia Kian Terancam Majalah Dewan Siswa)
SOALAN PEMAHAMAN
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri