<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






Sunday, February 24, 2008
LATIHAN 5

LATIHAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keperluai penggunaan telefon bimbit dan akibatnya dalam kehidupan manusia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Teknologi komunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu darsawarsa yang lalu, telefon bimbit adalah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif tetapi kini persepsi itu telah berubah. Telefon bimbit sudah menjadi satu keperluan harian. Dewasa ini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Antaranya ialah perkhidmatan (SMS) khidmat pesanan ringkas, (MMS) khidmat pesanan multimedia, (Bluetooth) teknologi tanpa wayar, perakam video kamera dan (PDA) telefon pembantu peribadi digital. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan menjadi pendorong kepada manusia untuk memenuhi kehendakyang tidak terbatas. Urusan rutin seperti membuat transaksi kewangan, memuat turun bahan hiburan dan gambar, menghantar dan menerima e-mel atau pesanan teks, boleh dilakukan dengan menggunakan telefon bimbit.

Selain itu, syarikat telekomunikasi telah bekerjasama dengan kad Visa Internasional dalam memajukan lagi perkhidmatan telefon bimbit. Pemegang kad Visa akan berpeluang menggunakan telefon bimbit mereka untuk membayar bil ketika membeli-belah. Melalui kaedah tersebut, maklumat kredit pemegang Visa akan dipindahkan ke dalam cip telefon bimbit dan pembayaran dapat dibuat pada alat pembaca bayaran. Perkembangan telefon bimbit i-sama dengan peningkatan keupayaannya menjangkau Internet dapat merubah cara ig itu memilih untuk mengakses internet. Pengguna Internet sudah berpeluang untuk pilihan baru yang dapat direalisasikan menerusi telefon bimbit. Sudah tentu in ini memudahkan pengguna mencari maklumat seterusnya menambah ilmu tiuan yang boleh diperoleh melalui Internet. Terdapat beberapa punca pengguna kini isuka menggunakan telefon bimbit yang menawarkan perkhidmatan internet berbanding •n komputer itu sendiri kerana saiznya yang besar dan reka bentuk fizikal komputer r unruk dibawa ke mana-mana, komputer lebih berat berbanding telefon bimbit dan mudah ; kerana sangat sensitif akan pergerakan kasar.

Selain itu, dalam konteks hubungan kemanusiaan pula, telefon bimbit berperanan menjalinkan kasih sayang dengan lebih erat sesama insan. Hal ini terbukti apabila manusia mudah  berhubung antara satu sama lain melalui telefon bimbit. Individu tidak perlu lagi mencari pondok telefon untuk menghubungi seseorang, malah perkhidmatan yang menarik dan kreatif yang ditawarkan dalam telefon bimbit boleh menghiburkan orang lain. Kecanggihan telefon bimbit bergerak pantas apabila syarikat pengeluar telefon bimbit Samsung telah menyediakan antenna televisyen berkuasa tinggi. Kelengkapan tersebut telah membolehkan signal rangkaian televisyen  dalam telefon bimbit boleh diterima dengan jelas. Kelengkapan tersebut memudahkan lagi manusia berhibur walau berada di mana-mana tempat sekalipun.

Sebagai intiha, jelaslah menunjukkan bahawa telefon bimbit dewasa ini sudah menjadi satu keperluan kepada kita semua. Terjahan teknologi komunikasi ini membawa arus perubahan yang tidak mampu ditepis. Pengguna sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memiliki  model telefon terkini yang serasi dengan gaya dan dilengkapi dengan pelbagai kelebihan.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana Telefon Bimbit, Antara Gaya dan Keperluan, miah Dewan Siswa, Oktober 2006)

SOALAN PEMAHAMAN

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

(i) Berikan  maksud rangkai kata kehendak yang tidak terbatas.                                                                                                                                                                                                                                                                                                ( 2 markah )

(ii)  Nyatakan kelemahan yang terdapat pada computer berbanding dengan pengunaan telefon bimbit pada masa ini.

                                                                                                                  (3 markah )

(iii) Jelaskan faktor-faktor yang dapat meningkatkan lagi teknologi telefon bimbit dalam kehidupan manusia pada masa akan datang.                                                                                                                                                                         ( 4 markah )

 

Posted at 07:15 am by bm_icare
Make a comment  

Next Page